Kelas Asas ICT, MS Word & Kuiz Online

12 Januari 2020 | Aktiviti Terkini

Kelas Asas ICT, MS Word dan Kuiz Online ini telah diadakan pada hari Sabtu, 11 Januari 2020 bertempat di Pusat Internet Bogag.

Dalam kelas ini, para peserta diperkenalkan kepada komponen asas komputer dan fungsinya. Selain itu, mereka turut diperkenalkan kepada internet dan diajar cara untuk mencari maklumat secara atas talian dengan mudah dan cepat menggunakan enjin carian Google. Mereka turut mempelajari cara memuat turun gambar dari internet.
Selepas itu, para peserta diperkenalkan kepada MS Word dan juga ribbon-ribbon MS Word beserta fungsinya. Mereka telah diberi tunjuk ajar memasukkan teks dan gambar yang telah dimuat turun dari internet ke dalam dokumen MS Word.

Disamping itu, para peserta juga diperkenalkan kepada laman web quizizz.com dimana mereka boleh membuat ulangkaji pelajaran secara atas talian. Dalam sesi ini, para peserta berpeluang untuk menjawab soalan kuiz untuk pelbagai subjek pelajaran sekolah rendah yang terdapat dalam laman web tersebut.

Kelas yang berlangsung selama 4 jam ini bermula pada pukul 1.00 petang ini telah dihadiri seramai 7 orang pelajar sekolah rendah. Kelas tamat pada pukul 5.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali